Wednesday, 20 April 2011

assalamualikum warahmatullahhiwabarakatu

Episode 1

Sudah masuk 4 tahun aku,Dia dan Awak bersahabat.. Segalanya penuh dengan onak dan duri..lagi – lagi apa yang terjadi antara Aku dan Dia.. Awak penuh setia antara kami berdua tidak pernah memilih kasih antara Aku dan Dia..hmm lupa nak khabarkan Aku seorang perempuan, Dia dan Awak merupakan lelaki yang menjadi sahabat baik Aku selama ini...dan ini cerita KAMI......

Aku menangis lagi hari.. Dah terlalu lama sangat Dia memainkan perasaan aku. Aku gagal untuk mengawal perasaan Aku ini walapun hati ini sepatutnya dah lali.. Aku mengeluh.. sampai bila hati ini akan terus dilukai.. sampai bila Aku harus tunggu Dia..mungkin another 4 years perhaps.. Airmata Aku mengalir lagi.. kali ini lebih deras. Aku teringat memori antara kami berdua. Cukup indah walaupun antara kami hanya sahabat. Bila Aku mengenang perkataan SAHABAT, Aku terpana, terpukul. Antara kami sepatutnya tidak patut lebih dari seorang kawan yang memahami,supportive. Aku tahu antara kami ada sesuatu yang memberi erti kepada kami berdua kerana Dia sering berkata, tidak ada wanita lain yang Dia serapat ini, layan seperti tapi ... di hati Dia, Aku hanya seorang sahabat baik Dia..
Aku menangis lagi.. tadi Dia dan Awak datang menemui Aku di tempat kerja. Aku terkejut tapi bahagia dalam derita.. kami hanya sahabat, tapi kenapa Aku harus dilayan seperti kita lebih dari itu. Sepanjang pertemuan itu, Aku ibarat cacing kepanasan. Aku resah,gelisah semuanya hanya kerana kehadiran Dia disitu. Aku tahu semuanya menjadi tidak keruan kerana kehadirannya. Dia menghantar aku pulang, Awak dihantarnya dulu, jadi tinggal kami berdua sahaja di dalam kenderaan itu. Dia memberitahu Aku sesuatu yang tidak dapat Aku jangka akan keluar dari mulutnya..:"eriously aku rindu kau".. Apakah ini semua satu dugaan yang tuhan nak duga Aku..tak dapat Aku membalas apa yang dikatakannya..antara kami pada 5 minit terakhir itu seperti impian yang Aku sulam selama ini..hati kami seperti bersatu tapi segera Aku sekakan perasaan itu jauh kedalam longkang berdekatan, Aku takut Aku dikecewakan lagi, Aku takut pabila dia meninggalkan aku lagi, memori itulah yang akan membuat aku derita KESEORANGAN....

No comments:

Post a Comment