Friday, 24 June 2011

assalamualaikum w.b.t

EPISODE 4
Waktu antara aku dan dia semakin suntuk.. Banyak lagi benda  yang aku nak ceritakan pada dia.. Banyak lagi benda yang aku nak tahu pasal dia. Tapi untuk mengelakkan aku dari semakin terluka, aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri pada dia. Untuk melarikan diri aku dari dunia realiti yang semakin lama semakin menyempitkan dada aku. Aku tahu aku tidak sapatutnya berbuat begitu, tapi ya tuhan,berilah aku peluang untuk mengenal  siapa diri aku yang sebenar benarnya tanpa dia. Aku mahu mencipta dunia baru dimana tiada dia dia dalam cerita aku itu. Bukan untuk membenci dia atau memulaukan dia.. Tapi untuk  merawat hati aku yang dah bertahun terluka, berdarah.......
Entah kenapa aku merasakan jarak antara kami semakin berjauhan walaupun tiada apa yang terjadi.. Antara aku dan awak pula memang rapat seperti biasa. Cuma bila mesej dengan awak, dia yang kelihatan di mata.. aku tidak tahu dan tidak mengerti masalah dia..kenapa seperti menjauhkan diri dari aku.. Aku bingung tapi bagi aku cukuplah dia melukai aku sedalam – dalamnya..



















Episode 5
Seperti yang telah aku jangkakan dari 4 tahun yang lepas,aku dan dia semakin jauh. Susah untuk dicapai lagi. Dia dengan keasyikkan dunianya sendiri, aku pula telah lama menghilang. Mencari diri aku yang sebenarnya. Dimana perginya aku. Aku mengeluh. Melihat semula kisah  hidup aku satu persatu ibarat cerita didalam filem, dimana akhirnya si heroin akan menemui kebahagian yang dia pinta selama ini. Tapi bagi aku,adakah kebahagian aku akan benar – benar muncul.. aku menanti jawapan.. malah aku jadi seram memikirkannya kerana kebahagian aku adalah dia.. salah ke apa yang aku pinta selama ini?? adakah aku tidak layak untuk mendapatkan cinta dia?? Adakah dia mencintai aku sebagaimana  aku mencinta dia?????????????? Na mulla sotdon iyagi.. a story that i don’t know..
Setiap kali orang menanyakan kepada aku tentang dia, sememangnya aku tiada jawapan yang kukuh kerana seperti orang yang lain, juga hilang berita mengenai dia.. aku termenung melihat jeriji tingkap. Aku nampak titisan embun mengalir lemah ibarat aku, menangis tanpa henti akhirnya aku menjadi embun yayng lemah itu. Tetap mengalir tp......

No comments:

Post a Comment